Ciptaan Lancelot De Mole

Pada tahun 1912 De Mole menghantar idea bagi kenderaan berperisai bertrek("kenderaan rel rantai yang mudah dikendali dan membawa muatan berat melalui tanah tidak rata dan parit") kepada Pejabat Perang British; pada Jun 1913 dia menerima jawapan bahawa ideanya telah ditolak.

De Mole membuat beberapa cadangan kepada Pejabat Perang British selepas 1912, pada 1914 dan 1916. Pada 1916 selepas kereta kebal Mark I telah digunakan, dia meminta diakui sebagai pencipta, menghantar model satu per lapan ciptaannya.

Selepas perang Mole memohon kesnya kepada kerajaan Australia. Pertanyaan dari kerajaan kepada pihak Birtish mendapat jawapan sopan bahawa malangnya idea Mr De Mole terlalu maju sebelum masanya dan ini tidak diakui sebagai mana ia sepatutnya.

Model kereta kebalnya dipaparkan di Peringatan Perang Australia, Canberra.